Pages

TIPS untuk INTERVIEW kerja (pengalaman peribadi)

Seumur hidup aku, ada la beberapa kali aku menjalani suatu proses yg dinamakan INTERVIEW kerja ini, seperti berikut: -

1. Dengan sebuah firma guaman yang mempunyai lebih dari seratus peguam

Yang ini, aku pergi pun bukan ikhlas. Katanya untuk interview untuk mendapat tempat sebagai pupil/chambering student. Kebetulan AIKOL hantar nama, jadi aku dan rakan-rakan lain yang tersenarai pun pergilah. Masa tu awal-awal sem final year LLB, aku niat memang nak sambung LLB_S. So, aku pergi sekadar suka-suka.

Sesi dimulakan dengan pendedahan dan pengenalan kepada firma tersebut, oleh para partner yang credentials mereka mereka tidak boleh dinafikan. Kemudian datang sesi interview. Kebetulan aku kena dengan Managing Partner firma tersebut. Aku masih ingat, antara soalan pertama beliau ialah mengenai result exam. "So, you was on Dean's List several times, good". Aku cakap jela, yes sir. Masa tu tahap bahasa inggeris komunikasi aku mungkin memang amatur (walaupun belajar bahasa inggeris dari darjah satu). Dengan kokak dan sengkeknya aku struggle nak jawab atau bagi explanation sepanjang interview tersebut. Dan aku dapat baca (agaknya lah) fikiran Managing Partner tersebut - mereka hanya akan memilih pelajar yang ada latarbelakang akademik yang bagus dan berkemahiran tinggi dalam bahasa inggeris.

Fine with me, dan memanglah aku tak berjaya dalam temuduga tersebut.

2. Dengan sebuah jabatan kerajaan yang bidangkuasanya bahagian servis undang-undang.

Yang ini, sejurus sebaik aku tamat LLB, seperti mana di atas, kebetulan AIKOL hantar nama untuk interview.   Jadi aku dan rakan-rakan yang tersenarai pun pergi jua. Saja, nak rasa macam mana interview dalam badan kerajaan pulak. Kami bernasib baik sebab ketua Sumber Manusia jabatan tersebut, dan tidak lokek berkongsi tips untuk temuduga, apa yang patut dibuat, dan apa yang tidak patut.

Format interview ialah kesemua ketua division jabatan tersebut (7 keseluruhannya) dan ketua jabatan akan interview 5 calon serentak. Soalan-soalannya, bergantung kepada para ketua division. Selang-seli, ada yang kena soalan serius, ada yang ringan-ringan. Bila tiba giliran aku, kena soalan serius. Apa pendapat awak mengenai isu ini? (Ketika itu isu MB Perak). Aku pun suarakanlah pendapat aku. Tapi aku tak berapa pasti dengan autoriti yang aku nyatakan, maka aku ditegur - kenapa tak pasti, nanti bila bertugas aku kena betul-betul pasti mengenai kenyataan yang aku keluarkan. So, one point is noted - pastikan setiap statement (terutamanya yang berbentuk fakta atau autoriti perundangan) mestilah tepat, berstatus terkini, dan lengkap. Kemudian, satu lagi perkara aku ditegur, kenapa bahasa inggeris aku ni cikai sangat. Jadi, another lesson - perkemaskan bahasa inggeris anda.

Lagi satu, bila ditanya, division mana yang aku nak. Maka dengan ikhlasnya aku jawab division B. Tapi ketua jabatan tak puas hati, kenapa B, tidak A. B untuk wanita, tak mencabar (yang ini, aku memang tak bersetuju dengan pendapat beliau). Tapi, lesson no. 3 untuk interview ini - walaupun soalan memerlukan jawapan berbentuk pendapat peribadi, ianya masih "kurang tepat" bagi penemuduga. Mereka mahu jawapan yang mereka dengar, bukan jawapan ikhlas dari sanubari kita. 

Aku berjaya dalam interview ini, tapi ditugaskan pada division D. Aku tolak sebab aku nak sambung LLB_S.

3. Dengan sebuah firma guaman bumiputera yang terletak di segitiga emas.

Yang ini, memang merupakan satu titik penting hidup aku. Kebetulan firma ini menyumbang satu anugerah cabuk (peringkat kulliyyah) masa konvokasi, dan aku dapat la anugerah cabuk tu. Anugerah disampaikan oleh seorang peguam kanan firma. Beberapa minggu lepas tu, aku hadir ke "upacara" panggilan panjang (penerimaan masuk sebagai peguambela dan peguamcara) sahabat aku, yang memang dah bekerja dengan firma ini. Aku terserempak dengan peguam kanan tersebut. Sejurus selepas selesai upacara, dalam perjalanan pulang ke UIA, peguam kanan tersebut menelefon aku, "you must join us". Dan beliau juga memberi ingatan kepada Senior Partner untuk mengambil budak-budak UIA yang baru grad. Makanya, Tamar Jeles pun di panggil oleh Senior Partner, suruh ajak kawan-kawan UIA datang jumpa dia. Aku dijemput oleh Tamar Jeles.

Takut juga nak jumpa Senior Partner, dah la masa jumpa lepas solat maghrib. Tapi interview tu berlangsung secara santai, sambil makan-makan. "This Monday you start kerja". Aku agak terkejut, sungguh santai pertemuan ini, langsung tak tanya pasal law. Aku expect dia akan tanya sikit-sikit pasal pengetahuan undang-undang. Jadi, jangan terlalu risau pasal soalan yang akan ditanya, kadang-kadang kerisauan itu akan menjadi penghalang kepada fokus kita.

Maka, dua hari selepas habis final exam LLB_S, bermulalah pengabdian aku dengan firma ini, selama lebih dua tahun.

4. Interview untuk diterima sebagai ahli profession perundangan syariah di sebuah wilayah di Malaysia

Yang ini, memang aku dah minta lama, setelah beberapa lama menunggu, aku pun dapat surat untuk hadir sesi temuduga (selepas lulus ujian bertulis - hakikatnya siapa yang datang ujian bertulis memang akan lulus, jadi rugilah kepada mereka yang tak datang tu). Panel temuduga bukan terdiri dari ahli profession tersebut, dan persoalan yang ditujukan memang mencabar minda, minta pendapat peribadi mengenai isu perundangan. Format temuduga, 2 orang panel lawan 3 orang calon. Aku pun jawab sejujurnya berdasarkan pendapat aku, tapi terus ditolak mentah-mentah dan secara sebulat suara oleh panel penemuduga. Katanya, ini pendapat yang salah, aku terdoktrin oleh seorang tok guru aku masa di universiti, kami golongan "budak-budak" adalah anti establishment. Yang mana satu anti, yang mana satu establishment dimaksudkan oleh penemuduga tersebut, aku kurang pasti. Yang aku pasti, dia suarakan pendapat peribadi beliau, dan jelas merupakan opposite apa yang aku suarakan. Adakah itu salah? Tidak bagi aku, tapi aku dapat beberapa pengajaran - periksa latarbelakang penemuduga kalau berkesempatan, dan kalau tanya pendapat kita, samada jadi jujur, atau ikutlah dakyah dan pemikiran panel penemuduga. Itu anda tentukan, for me, honesty is the best policy. Dan aku tak mahu terus berhujah ketika sesi temuduga.

Aku masih menanti jawapan samada aku berjaya atau tidak.

Hujung bulan ini aku ada lagi satu interview untuk diterima sebagai ahli dalam bidang perundangan syariah di satu lagi negeri, aku harap aku berjaya, dan moga ianya berjalan dengan lancar. Semoga dipermudah.

5 comments:

  1. http://wanwidget.com
    jalan jalan juga

    ReplyDelete
  2. Semoga berjaya. Banyak benda baru aku belajar kat belog ni. Especially bab interview sebab selalunya aku yang banyak bertanya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQVM!!! Banyak bertanya juga satu tips supaya org yg interview tu tak tanya2.. haha

      Delete
  3. good luck...all the best tuk interview hjg bulan ni...:)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apesal Widgets