Pages

PTPTN : Bayaran Balik dan Pelepasan Pembayaran

Kebetulan Siti Payung dan Tamar Jeles, menyentuh mengenai isu pendidikan pada hari ini, jadi aku teruskanlah kesinambungan tema pendidikan tersebut. Aku hendak menyentuh mengenai isu PTPTN. Apa itu PTPTN? PTPTN ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997, yang berkuatkuasa pada tahun 1997. Kalau diperiksa dan diselidik, memang banyak berita mengenai perihal peminjam PTPTN tidak membayar hutang, menyebabkan PTPTN kekurangan dana untuk pinjaman masa-masa akan datang. Malahan, PTPTN sendiri terpaksa meminjam dari CIMB dan AmIslamic untuk memenuhi dana bagi menampung keperluan pinjaman. Sebelum ini dana PTPTN diperoleh dari kerajaan melalui KWSP dan KWAP.

Jadi timbullah kemelut dan persoalan kenapa para peminjam yang sudah meminjam ini tidak mahu membayar pinjaman. Iklan-iklan PTPTN di kaca TV memperlihatkan seorang watak tidak tidur lena setelah mendapat surat amaran dari PTPTN.

Kemudian timbul sistem Ujrah, di mana kos pentadbiran dikurangkan dari 4% kepada 1%. Apa yang pelik mengenai sistem ini, mengapa perlu memohon, mengapa tidak diberi secara automatik? Jadi, sesiapa yang tidak memohon memang tidak dapat. Rata-rata kenalan aku menyatakan mereka tidak sanggup menerima tawaran ujrah kerana bayaran bulanan adalah tinggi. Bayangkan, kalau seseorang itu grad ijazah undang-undang, kemudian terus chambering selama 9 bulan, rata-rata allowance adalah RM1,200 ke RM2,500, malah ada yang bawah RM1,000 (mula-mula susah, lepas dua tiga tahun practice poket tebal). Bagaimana hendak membayar PTPTN, sedangkan bayaran rumah sewa sahaja sudah mencecah RM200 ke RM300? Itu belum campur kos kenderaan, makan dll. Tidak hairan kalau ada di antara mereka ini masih menagih simpati ibu bapa. Aku cuba bersikap empati terhadap golongan ini (walhal diri sendiri pun poket kering, haha).

Tapi ada juga golongan yang bernasib baik, mempunyai kerja dan pendapatan yang kukuh, masih bongkak untuk tidak membuat pembayaran. Kepada golongan ini silalah sahut seruan PTPTN - segera buat bayaran balik dengan setianya.

Aku memang seorang peminjam PTPTN dan sampai sekarang sejak grad tahun 2009 aku memang tidak bayar satu sen pun pada PTPTN. Dan sudah dua kali aku menerima surat amaran dari PTPTN supaya membuat pembayaran balik. Mungkin kenyataan ini kedengaran self incriminatory, tapi memang fakta dan hakikat aku memang tidak pernah bayar. Aku bukan sengaja tidak mahu membayar, cuma aku sedang mencuba nasib untuk memohon pelepasan balik. Isu aku bukan mudah, sebab melibatkan ijazah berkembar.

Cuma masalahnya, permohonan aku yang pertama adalah sejak Februari 2010. Oktober 2010 baru ku dapat balasan, menyatakan permohonan tidak lengkap. November 2010 aku hantar semula, namun tiada jawapan. Jadi aku cubalah e-mail pegawai yang berkaitan, dan jawapan yang diberikan jawapan copy paste dan standard. Aku tanya pasal isu permohonan dan kaitkan dengan Ujrah, dan aku memang tidak hantar pun surat tawaran Ujrah. Malahan e-mail - e-mail aku yang seterusnya tiada jawapan.  Kemudian aku buat aduan di SINI. Sekali lagi, jawapan copy paste, dan standard. Kemudian aku join forum di SINI. Memang boleh kata dalam 2 minggu sekali atau sebulan sekali aku tanya status update. Aku tengok memang ramailah siswazah yang bertanya status permohonan mereka, dan jawapan diberikan pun jawapan standard. "Masih dalam semakan". "Permohonan belum diterima". "Sila kemukakan permohonan rasmi". Ada satu jawapan aku terima lebih kurang macam ini "sila rujuk dengan UIA". Kemudian bila aku minta berhubung terus dengan pegawai yang bertanggungjawab pasal kes aku, tidak diberikan. Yang aku geramnya, pada November 2011, satu lagi jawapan aku terima berbunyi lebih kurang "akan dirujuk kepada mesyuarat jawatankuasa". Aku rasa tempoh setahun tu kalau orang tanam padi dua kali tuai, kalau buat pekasam busuk pekasam. Dalam benak aku, apa yang terjadi pada permohonan aku selama ini? Kalau aku tidak terhegeh-hegeh hantar e-mel, buat aduan, join forum mungkin permohonan aku sudah dihantar ke muzium Melaka. Takkan sampai tahap aku kena panggil Aduan Rakyat?

Kalau ikutkan, ada pekeliling PTPTN menyatakan bahawa sementara menunggu jawapan dari PTPTN, peminjam mesti terus membuat bayaran balik. Tapi sebab kes aku ni dah sampai hampir dua tahun, aku azam, tidak membuat bayaran. Malahan, dalam forum, mereka-mereka yang telah membuat bayaran, terpaksa mengejar PTPTN untuk memulangkan semula duit mereka.

Aku tidak mahu menyentuh isu PTPTN lambat, tidak efisyen atau sebagainya secara spesifik. Secara umumnya, aku sudah ketengahkan isu ini dalam entri-entri yang lepas. Sila lihat INI dan INI. Sekarang sudah masuk 2012. Aku masih ternanti-nanti jawapan dari PTPTN. Aku harap esok lusa sampailah surat PTPTN (bunyi cengkerik... ~).

Aku percaya, masih ramai di luar sana yang menghadapi kemelut yang sama, dan berdepan dengan karenah birokrasi. Mungkin orang-orang di PTPTN akan menjawab, bukan aku seorang yang buat permohonan, ribu-ribu lagi. Ini jawapan aku, itu kerja korang, jadi sila buat dengan senyuman dan ikhlas hati. Aku pernah cakap benda yang sama dengan seorang kakak kerja finance UIA. Tak ingat aku minta slip apa, tapi selepas dua minggu aku datang semula, masih tidak siap. Aku pun cakap, "dah dua minggu takkan tak siap lagi". Akak tu terus tarik muka "bukan awak sorang je yang minta benda ni, ramai lagi". Aku balas "kalau janji dua minggu akan siap, buat la". Dia tarik muka, masuk dalam ofis. Tak sampai 5 minit dia keluar dengan slip yang aku minta. Tak ke sengal tu, benda boleh buat dalam 5 minit, nak tangguh-tangguh. Mana la diorang punya kesedaran sivik.

Aku bukan seorang yang tidak bersyukur, tetapi aku bersuara kerana masih banyak ruang untuk diperbaiki, dan aku ambil kesempatan itu untuk bersuara. Sebab ketidakpuasan hati itu, aku menulis. Aku sanggup berdepan dengan pegawai-pegawai PTPTN berhubung permohonan aku, biar aku jelaskan apa sebab aku rasa aku layak dan sebagainya.

Jadi, apa penyelesaian kita? Mungkin dari jangka masa panjang, para ibu bapa muda boleh membuat pelaburan atau tabungan untuk membiayai kos pengajian anak-anak di masa hadapan, atau pun didik anak sampai pandai, hantar tusyen 24 jam, hantarlah ke kelas balet dan taekwando, sudah besar dan pandai pohonlah mana-mana biasiswa.

Sekian.

6 comments:

  1. orang nak bayar dia punya prosedur nya pun merunsingkan kepala.. nak itulah nak inilah..

    ReplyDelete
  2. @Zik

    itulah.. prosedur patut menjadi pemudah cara, ttp kini jadi mimpi ngeri...

    ReplyDelete
  3. Nampak macam susah nak dapat pelepasan ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jadi susuah sbb pegawai kurang tak competent... kena follow up byk kali

      Delete
  4. hai..korang mmg xphm yer psl ptptn ni..

    mcm ni kire ujrah

    cth pinjam 15k………. 15000 x 0.01 x 10 tahun
    jadi = 1500

    1500 tu la interest dlm 10 tahun(120 bln)
    so sbln rm 12.50

    so bln2 byr brape??????

    15000/120 =125 + 12,50 =rm 137.50

    dah utang kena bayoooo..

    ms pkai x hingat dunia…nk bayooo huuurrrmmm hampeh..

    rakyat malaysia ska bende freeee….kannnn

    ReplyDelete
  5. Aku da start bayar rm8k Tp tungakan ada lg 3k kwsp xdpt tampung..sblm ni bkn xnk bayar. .gaji kecik ja ckup2 mkn. .Syukur baru2 ni dpt offer keja gomen..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apesal Widgets